VOICE OUT!

Menguji Potensi, Membentuk Pemimpin Berdaya Tahan

7/24/20261 min read

photo of white staircase
photo of white staircase

Program Voice Out telah berlangsung pada 18 hingga 20 Jun 2026 di Kampung Endah Sara dengan penyertaan 29 orang peserta yang terdiri daripada calon Eksekutif Pelajar dan Yang Dipertua kelab-kelab di Kolej Dato’ Onn. Program yang diketuai oleh saudara Shahelmey ini menjadi platform latihan dan penilaian awal kepada bakal pemimpin mahasiswa sebelum mereka memegang tanggungjawab dalam organisasi masing-masing.

Voice Out berjaya memberi pendedahan kepada peserta tentang realiti kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi dan pengurusan konflik. Peserta turut diuji dari segi keyakinan, daya tahan, kebolehan membuat keputusan dan kesediaan menerima teguran. Program ini membantu pihak kolej mengenal pasti potensi serta keperluan pembangunan peserta. Secara keseluruhannya, Voice Out menyumbang kepada pembentukan barisan pemimpin pelajar yang lebih bersedia, matang dan memahami bahawa jawatan merupakan amanah, bukannya kedudukan untuk memperoleh keistimewaan.

Lensa

Voice Out!