Kepimpinan Mahasiswa UKM

Tentang AKRAB Kolej Dato’ Onn

AKRAB adalah wadah utama pembangunan kepimpinan mahasiswa di Kolej Dato’ Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejak 2015, AKRAB melatih mahasiswa untuk menjadi pemimpin berintegriti dan berwawasan.

Sejak 2015

Perjalanan Kepimpinan AKRAB

AKRAB, ditubuhkan pada tahun 2015 di bawah Kolej Dato’ Onn UKM, adalah organisasi kepimpinan mahasiswa. Bermula dengan Gen 1, AKRAB menjadi ruang pembentukan pemimpin berani, bersedia berkhidmat dan bekerja kolektif demi warga kolej.

Perjalanan AKRAB diteruskan melalui pelbagai pengalaman, program dan pengkaderan. Setiap generasi membawa pendekatan tersendiri, berpegang pada nilai kebersamaan, amanah, adat dan adab. Kini, Gen 11 meneruskan kesinambungan ini, membina kepimpinan mahasiswa yang matang, proaktif dan cakna.

Teras Budi

“Tegak rumah karena sendi, runtuh sendi rumah binasa. Sendi bangsa ialah budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.”

HAMKA, Lembaga Budi (1939)

Hala Tuju Organisasi

Visi, Misi, Objektif & Fungsi

Visi

Misi

Objektif

Fungsi

Melahirkan mahasiswa Kolej Dato’ Onn yang berwibawa, berintegriti dan berdaya saing dalam kepimpinan.

Membentuk pemimpin mahasiswa melalui pengkaderan holistik, mengukuhkan perpaduan dan menyemai budaya kesukarelawanan.

Meningkatkan kemahiran insaniah, menggalakkan pemikiran kritis dan membina jaringan strategik dalam kalangan ahli.

Melaksana aktiviti kepimpinan, memupuk semangat sukarelawan dan menjadi perantara antara mahasiswa dengan pentadbiran.

Prinsip AKRAB

Adat dan Adab: Teras Setiap Gerak Kerja

Kami berpegang teguh pada nilai profesional, menerima teguran, berminda kelas pertama, proaktif, efisien, cakna, menghormati keputusan bersama dan memimpin tanpa rasa diri lebih besar.