

Wadah Latihan
Ditubuhkan sejak tahun 2015, AKRAB berfungsi sebagai medan latihan kepimpinan yang melahirkan mahasiswa berdisiplin, beradab, dan berani memikul amanah rasmi Kolej Dato’ Onn UKM.
Menerusi pembawaan Gen 11, organisasi mengukuhkan sistem tata kelola, pemeliharaan kebajikan, serta kesinambungan latihan pelapis secara berstruktur dan tuntas.
Hala Tuju
Tekad Kita Bersama
Garis panduan strategik yang mengemudi gerak kerja organisasi demi kemaslahatan dan kecemerlangan seluruh warga Kolej Dato’ Onn.
Tekad Kepimpinan
Tekad Kebersamaan
Tekad Khidmat
Tekad Kelangsungan
Membina kepimpinan berdisiplin, matang, dan berani memikul tanggungjawab organisasi.
Mengukuhkan ukhuwah dan gerak kerja kolektif tanpa membelakangkan adat dan adab.
Menyediakan perkhidmatan serta pemeliharaan kebajikan mahasiswa secara berkesan.
Memastikan penyerahan tugas dan pengkaderan pelapis berterusan secara sistematik.
Hasil & Pencapaian
Impak Kepimpinan Dalam Angka
11
Generasi Kepimpinan
15
Program Berimpak Sesi 25/26
10
Rakan Strategik
RM 40,000
Jumlah Pendanaan 2026
Sorotan Program
Saksikan sorotan salah satu program AKRAB yang menampilkan pengalaman, kebersamaan dan gerak kerja mahasiswa.




