OPS SENYUM SEMENYIH

Menghulur Khidmat, Menyantuni Komuniti Setempat

7/24/20261 min read

worm's-eye view photography of concrete building
worm's-eye view photography of concrete building

Ops Senyum Semenyih telah dilaksanakan pada 21 Disember 2025 di Kompleks Penghulu Mukim Semenyih dengan penglibatan 20 orang sukarelawan. Program ini dijalankan melalui kerjasama bersama Urusetia Pembangunan Sumber Manusia dan memberi peluang kepada ahli AKRAB untuk terlibat secara langsung dalam gerak kerja kesukarelawanan berasaskan komuniti. Pelaksanaan program menekankan semangat membantu, kepekaan sosial dan kerjasama antara organisasi.

Program ini berjaya meningkatkan kesedaran peserta terhadap keperluan masyarakat setempat serta mengukuhkan nilai empati dan tanggungjawab sosial. Kerjasama bersama UPSM turut memberi pengalaman kepada sukarelawan dalam mengurus aktiviti secara bersama dengan pihak luar. Melalui program ini, ahli AKRAB dapat mengembangkan kemahiran komunikasi, koordinasi dan pengurusan lapangan, sekali gus memperkukuh kedudukan AKRAB sebagai organisasi mahasiswa yang cakna dan bersedia menyumbang kepada komuniti.

Lensa

Ops Senyum Semenyih