KEM INTERAKSI AKRAB
Membina Keserasian, Mengukuhkan Semangat Berpasukan
Kem Interaksi AKRAB telah dilaksanakan pada 17 hingga 19 Oktober 2025 di Hutan Pendidikan Alam, UKM dengan penyertaan 50 orang peserta. Program yang diketuai oleh saudara Muhamad Waqiyuddin Zun ini menjadi ruang awal untuk memperkukuh hubungan antara ahli, membina keserasian pasukan dan memperkenalkan budaya kerja AKRAB. Pelaksanaan aktiviti secara berkumpulan membantu peserta mengenali kekuatan, kelemahan dan gaya komunikasi sesama ahli dalam suasana yang lebih terbuka.
Program ini berjaya membentuk asas kebersamaan yang lebih kukuh dalam kalangan peserta, selain meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dan bekerjasama. Peserta juga memperoleh pemahaman yang lebih jelas tentang kepentingan disiplin, toleransi dan tanggungjawab dalam organisasi. Kem ini menjadi titik permulaan kepada pembentukan pasukan yang lebih tersusun dan bersedia melaksanakan gerak kerja AKRAB sepanjang sesi.
Lensa
Kem Interaksi AKRAB
















